Resepi Apam Balik Simple



Bahan-bahan :
(Nak buat banyak gandakan sukatan nya ok)
  • 150gm tepung gandum
  • 1 sudu teh yis segera [ mauripan ]
  • 25gm gula kastor
  • 200ml air suam
  • 2 biji telur
  • 50ml minyak [ boleh guna minyak masak ]
  • sedikit garam halus
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh air
  • ** dibancuhkan

Bahan Inti :
jagung manis
kacang tanah digoreng & dikisar.
Cara-cara :
  •  campur tepung, gula dan garam gaulkan
  •  masukkan yis kacau rata, masukkan telur dan minyak, pukul sambil tuangkan air suam sikit-sikit
  •  soda yg dibancuh dgn air tadi, masukkan ke dlm adunan dan pukul sekata
  •  tutup adunan biarkan 30 minit
  •  lps tu dadarkan, [ boleh guna kuali non stick ]
  •  bila separuh masak, taburkan bahan-bahan untuk inti, taburkan sedikit gula agak-agak sendiri kuantitinya nak letak banyak mana ok.
  •  lipat 2 dan angkat, hidangkan

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

ShareLah