Resepi Donut Gebu paling simple




Bahan-bahan :
  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula

campurkan bahan ni dan biarkan kembang
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

  1. Ramaskan bahan2 ni hingga jadi macam serbuk roti.
  2. Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
  3. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye
  4. Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha
  5. Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
  6. Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng dan gaul dengan gula

No comments:

Post a Comment

ShareLah